Thursday 27 November 2014

bimbang

pertama kali aku tergugat
dalam setiap kata yg kau ucap
"bila malam tlah datang
terkadang ingin ku tulis
semua perasaan"
kata orang rindu itu indah
namun bagiku ini menyiksa
"sejenak ku fikirkan
untuk ku benci saja dirimu
namun sulit  ku membenci"
"pejamkan mata bila ku ingin
bernafas lega
dalam anganku aku berada
di satu persimpangan
jalan yang sulit kupilih"
ku peluk indah semua hidupku
hikmah yang ku rasa sangat tulus
"ada dan tiada cinta
bagiku tak mengapa
namun ada yang hilang separuh hatiku"

Sunday 2 November 2014

throwback raya haji

hi uolls..just nak share kisah raya haji aritu..mungkin boleh dijadikan pengajaran akan datang..hurmm...raya haji aritu family hubby nak buat kenduri aqiqah n korban..kebetulan tuk aqiqah ada lg bahagian kosong so hubby masukkan la anak2 since irfan n Aryan kami xbuat lg aqiqah..
nak dijadikan cerita,sehari sblm kenduri my father in law bgtau imam kg tu suh buat korban je sebab ni raya haji.kalau aqiqah bebila pun blh..rasa down la bila dgr cmtu..xtau cmne plan..tersalah plan ke xde perancangan ke apa..bukan la nk perbesar isu ke apa..tp rasanya xjd masalah la buat aqiqah masa tu.tempat lain OK je..ckp memang la mudah blh buat lain kali tp duit tu bebila masa ke blh ada???..kalau kami blh cancel n tarik balik duit kami xpela jgk..ni da jemput org kenduri pun..nak xnak terpaksa la turutkan.dari sepatutnya kenduri aqiqah anak tetibe jadi kenduri korban kami plk..sapalah kita ni..cakap byk nnt ada yg menyentap xbertempat plk..uolls kalau nak buat kenduri nnt g la bincang dgn imam kg ke ustaz ke sebelum nak buat apa2 kenduri.. seriously benda ni agak terkesan pada iolls tau..kalau share satu bahagian rm10 ok lagi..tp paham sendiri la harga sekarang cmne and kami bukan buat tuk sorang anak..2 orang ok..calculate sendiri bp RIBU tu...sabar jela hati..

tu satu bab pasal aqiqah anak..ada lagi satu story pasal raya haji jgk..yg ni memang sentap habis k..kawan2 mana yang tau tu..thanks la jadi pendengar iolls..kadang2 bukan nak memburukkan sesiapa tapi dari simpan terus sakit ati lbh baik luahkan..kalau luah pada orang yg xde perasaan xmembantu baik cari yg membantu kan..at least xsimpan dalam hati sorang2..at least iolls tau iolls ada uolls yang sentiasa bersama iolls..love uoll k.. and akan sentiasa ingat trademark dorm kita..no _ _ _ no _ _ _ !!!

and 1 more thing, kalau bercakap setakat modal air liur mmg la mudah..tunggu terkena kat batang hidung sendiri nnt baru tau apa iolls rasa..

kadang2 orang xkan paham / xkan tau apa kita rasa selagi dia xduduk tempat kita/ xlalui apa yg kita lalui.. cakap memang mudah tp yg mengalami je tau..

Wednesday 15 October 2014

lumrah hidup

hidup ni xkan selalu indah...selagi bernyawa cuba untuk hargai apa yg berlaku xkira pahit atau manis..
yg manis simpan sebagai memori..yang pahit simpan sebagai penguat semangat untuk hari esok..xkan dilupa walau sesaat..
Cuba untuk x iri hati pada kelebihan orang..nasib orang xsemua sama..ada lbh disini ada kurang disini
Cuba untuk sentiasa bersyukur dgn apa adanya..
Cuba untuk berbahagia walaupun jauh di sudut hati penuh pahit peritnya..

hidup ni penuh dengan pelbagai ragam manusia..indah diluar je..dalam belum pasti..baik didepan mata..di belakang belum tentu..belajar untuk tidak membeza2..belajar untuk tidak membanding2..belajar untuk tidak melebih kurang..

cuba berbaik sangka..yg indah xkan selamanya indah..yg buruk boleh diganti pada yg indah..masa akan menentukan segalanya..percaya pada hukum karma.what u give, u get back!!!!

ORANG TAK KAN TAHU APA KITA RASA SELAGI TAK BERADA DI TEMPAT KITA..SELAGI XMELALUI APA YANG KITA LALUI..NAK MEMAAFKAN ATAU MELUPAKAN APA YG BERLAKU BUKAN SESUATU YANG MUDAH..

Sunday 12 October 2014

aiskrim buatan srndiri

cuaca panas2 macam ni sedap kalau pekena aiskrim..nak pegi kedai malas..kita buat sendiri jela ye..kat bawah ni aku share sikit cmne nak buat aiskrim buatan sendiri..ditanggung halal..hehe..

masuk telur sebiji, ovallette 2 sudu besar, 1/2 tin susu pekat, 1 atau 1 stgh gelas air suam, 1/2 tin susu cair @ ducth lady,essen vanilla 1 sudu tea...masuk bahan2 dlm mixer sampi pekat, dan bahgikan wrna2 ikut suke...campurkan pas2 msuk peti ais...siap..

hasilnya....aiskrim milo , vanilla n lg satu tu aku pun xtau..hahahha..next time try letak Oreo plk..

kek coklat kukus

Hujung minggu ni xnak keluar mn2 so lepas subuh td try buat kek coklat kukus pulak..kot irfan lapar2 xnk mkn nasi japgi boleh makan kek.. resepi aku amik kat blog fakhruru..hehe..tq ye menjadi sgt..uolls kalau nk buat blh la ikut resepi ni:
(aku copy paste tuk korang yg malas nk klik2 cr blog dia..


Bahan A (diayak bersama)
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Cawan Serbuk Koko (serbuk koko aku da nk abis so aku letak mn ada je..hahahaha)
  • 1/2 Cawan Milo - Chef sengaja guna milo, kalau tak nak guna pakai 1 cawan serbuk koko (aku guna 1cawan Milo sebab serbuk koko td xsampai stgh cawan)
  • 1 Susu Kecil Tepung Penaik/Backing Powder
  • 1 Susu Kecil Soda Bikarbonat

Bahan B
  • 4 Biji Telur
  • 1 Cawan Gula Aising
  • 1 Cawan Minyak Masak
  • 1 Cawan Susu uolss
  • 1 1/2 Cawan Air Panas
  • Esen Vanilla

cara - cara memasak
step 1
  • Uolss campur semua BAHAN A & ayak bersama-sama
  • Ini untuk mengelakkan daripada benda-benda asing/berketul masuk sekali dlm adunan uolss
step2
  • Pecahkan 4 Biji Telur di dalam bekas
  • Masukkan 1 Cawan Gula Aising
  • Kemudian pukul sehingga KEMBANG dgn menggunakan Hand Mixer *mampu nak pakai tangan? tak sempat adunan nak kembang, dah tercabut*(aku xde mixer jadi aku blend je..kalau korang xde mixer bkh ikut cr aku guna blender OK..hehe)
  • Starting dgn kelajuan slow, kemudian naikkan sedikit demi sedikit
  • Pukul betul-betul kembang, baru lar kek uolss gebu + lembut ala-ala baby face gitue
  • Bila rasa puas hati dgn kekembangan adunan itu, masukkan 1 Cawan Minyak Masak + 1 Cawan Susu Pekat + sedikit Esen Vanilla (aku lupa letak susu pekat sebab Aryan mengamuk nk susu..haha)
  • Pukul sekali lagi dgn menggunakan Hand Mixer sehingga adunan sebati
step3
  • Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit Bahan A yg uolss telah ayakkan tadi
  • Pukul lagi sehingga sebati & sehingga semua tepung dimasukkan *membazir pula kalau tak habis*
  • Tuangkan pula 1 Cawan Air Panas & kacau adunan sehingga sebati
  • Kalau uolss rasa adunan uolss still pekat-pekat, masukkan lagi 1/2 Cawan Air Panas
  • We'olss tak nak cair sangat, tak pekat sangat *sound weird pula di situ*
  • Bila uolss dah rasa puas hati, masukkan adunan dlm acuan yg uolss nak
  • Jangan sampai penuh acuan, 3/4 sahaja.. Nanti adunan akan kembang
  • Kukus selama 20-25 minit utk acuan kecil macam yg Chef guna dgn API SEDERHANA
  • Kalau uolss guna acuan yg lebar & bersaiz besar, lebih kurang 45-50 minit lar *pandai-pandai uolss lar nak pastikan ia masak.. ahakz!!*
  • Pastikan uolss dah panaskan dulu tempat kukus, baru masukkan adunan ye..
ni hasil Mr fakhruru..


ni hasil aku..


Thursday 25 September 2014

karok dalam hati

Arini terasa seperti kebosanan yang teramat sangat.. So untuk hilangkan ke"boring"an aku..sambil buat kerja tu sambil layan lagu dan karaoke dalam hati..(kalau nyanyi kuat - kuat nanti takut kene halau pulak..hehehe)..Tengah sedap layan lagu, hubby send whats app lagu Motif Band -Tuhan Jagakan Dia.. Terus mood jiwang sampai ke petang sambil sengih selebar mungkin..hahahaha..jom layan lagu ni sesama..


Motif Band - Tuhan Jagakan Dia

hanya dirimu yang ku cinta
takkan membuat aku jatuh cinta lagi
aku merasa
kau yang terbaik untuk diriku
walau ku tahu kau tak sempurna
takkan membuat aku jauh darimu
apa adanya 
ku kan tetap setia kepadamu
*tuhan jagakan dia
dia kekasihku kan tetap milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyanyangi setulus hatiku*
walau ku tahu kau tak sempurna
takkan membuat aku jauh darimu
apa adanya....
ku kan tetap setia kepadamu

Kadang - kadang kita tak sedar, walau hanya dengan sebuah lagu..mampu mengembirakan hati pasangan kita..kan?? :)

Wednesday 24 September 2014

persiapan ke dunia "hot mommies" - Keperluan ke Hospital

Assalamualaikum Selamat tengah hari..

Maaf sangat - sangat kat kawan - kawan yang tertunggu entri kali ni.. dah lama janji nak update tapi tak berkesempatan. 3 minggu lepas anak - anak bersilih ganti tak sihat. Lepas tu kami suami isteri pulak. Harini alhamdulillah satu family sihat sepenuhnya. Ok straight to the point, di bawah ni ada senarai keperluan yang perlu di bawa ke hospital untuk bersalin nanti.

Keperluan ke Hospital untuk baby dan ibu.

Barang Baby

1. Baju + Seluar
* 2 pasang

2. Sarung Tangan + Sarung Kaki
* 2 pasang

3. Topi
* 1 dah cukup

4. Kain napkin
* 2 helai

5. Barut baby
* 2 helai

6. Selimut
* yang buat bungkus baby tu..yang selalu ada tutup kepala skali..kalau yg ni xyah bawak topi pun xpe..hehehe..

7. Barang mandian

8. Tuala

9. Tisu basah

10. Yaasin, air zam-zam, kurma
* bagi yang beragama Islam mesti tau kan untuk apa air zam -  zam n kurma/tamar ni. xtau g tanya sesapa / mr google..hehhehe

11. minyak telon..
*just in case kalau baby kembung ke apa ke..standby minyak pape ye..xsemesti minyak telon..ada je jenama lain jgk tp aku memang pelanggan setia minyak telon..

Barang Mommies

1. T-shirt
* 2 helai

2. Kain Batik
* 2 helai

3. Stokin
* 2 pasang

4. Baju Sejuk

5. Tuala

6. Selipar
* tuk pegi toilet..tapi aku selamba pakai "Sandal". hahaha

7. Seluar dalam pakai buang & Nursing bra

8. Maternity pad

9. Barang mandian
* sabun, syampoo, berus gigi, ubat gigi, sikat, bedak, deodorant.

10. Bekalan makanan
*kalau bersalin kat government make sure air, roti, biskut kene ada ye..atau berlapar sampai waktu makan tiba..hahahaha..


Selamat ber"packing" ye kawan - kawan. hehehhe..
Ni nak share sikit.. nanti tengah dok menunggu nak bersalin tu baca la doa dan selawat sikit jangan asik mengeluh kesah sakit je.. ni aku copy dari internet doa yang aku selalu baca masa menunggu waktu bersalin tu.. apa - apa pun good luck, sentiasa fikir positif dan selamat menempuh alam baru..hehehhe..




Wednesday 3 September 2014

persiapan ke dunia "hot mommies" - persiapan barang ibu

Haritu ada update tentang persiapan / keperluan barang - barang baby. Insya Allah semoga entry hari tu serba sedikit membantu bakal - bakal ibu lagi2 anak pertama. Kali ni nank update tentang barang yang perlu ada buat bakal -bakal ibu pula..

Barang mommies

1. Stokin 
   * 3 atau 4 pasang

2. Baju sejuk

3. Kain Batik
   * 3 atau 4 helai

4. Seluar dalam pakai buang / Disposable Panties
   * 2 atau 3 paket je. 
   * Guna masa kt hospital. sebab lepas basuh boleh buang terus.hehehe.hospital mana ada tempat nak sidai2       macam kat rumah kan.. dah balik rumah boleh guna yang biasa ye..

5. Maternity pad
    * 1 pek da cukup.1 pek ada 20 pcs tak silap
    *biasanya guna dalam minggu pertama lepas bersalin tu je sebab aliran darah yang banyak..dalam minggu        ke 2 dah boleh guna pad biasa je

6. Bengkung

7. Nursing Bra 
    * 5 atau 6 helai

8. Jamu
   * jamu ni biasanya start makan seminggu selepas bersalin ye. kalau anak yang kene kuning / jaundice tu           dinasihatkan stop dulu pengambilan jamu sehingga anak sihat / bacaan jaundice menurun.
   * ada sesetengah orang yang gantikan jamu dengan supplement juga. cth seperti shaklee.

9. Breast pump
   * ada macam -macam jenis. Antaranya : 
   - manual , elektrik
   - singe pumping , double pumping
   
10. Milk Storage
  * boleh beli yang botol atau plastik.

11. Beg untuk isi breast pump n milk storage
    *milk storage tu aku isi dalam cooler bag. Pump aku isi dalam beg biasa 2 je.
       
12. Ice pack 
     
*kalau nak jimat, beli breast pump yang set..biasa dalam set tu dah ada breast pump, cooler bag, ice pack,     milk storage. kalau beli asing - asing ni agak rugi sebab harga lain - lain and mahal sikit.





Tuesday 19 August 2014

persiapan ke dunia "hot mommies" - persiapan barang baby

Assalamualaikum..
Baru2 ni ada few friends yg tanya aku tentang persiapan bersalin..Apa yang perlu di beli..Apa yang perlu di bawa ke Hospital..Produk apa yg best guna & etc. So aku rasa better aku update tentang preparation before uolls ke dunia ibu2 gitu..hehehhe..At least kalau ada kawan2 lain yang nak taw  tapi malu nak bertanya lepas ni boleh refer sini je tapiiiii apa yang aku share ni based on pengalaman aku and apa yang aku ingat jela ye..kalau rasa ada apa yang kurang yang korang nak tambah pun boleh tambah sendiri..jangan la ikut 100% cara aku..hehehe.. So for this entry aku share tentang barang yang perlu korang beli untuk si kecil. ..

Barang Baby

1. Tuala
    -3 helai kalau anta anak ke nursery / pengasuh..
    -2 helai kalau jaga anak sendiri di rumah

2.Baju Lengan Panjang +  Lengan Pendek  + Seluar
   -3 atau 4 pasang saiz newborn atau 0-3m atau 3-6m
    * aku dulu, terbeli banyak saiz newborn tapi baby guna kejap je so aku syorkan korang beli newborn              dalam 2/3 pasang je..yang lain better beli saiz 3-6m..
    * prefer pakai waktu malam

3. Romper
    - 5 atau 10 helai kalau anta anak ke nursery / pengasuh
    - 5 helai kalau jaga anak sendiri di rumah
    * prefer pakai waktu siang sebab panas. kalau tak suka romper boleh ganti dengan baju yg lubang2 tu.

4. Sarung Tangan + Sarung Kaki
    - 5 / 10 pasang kalau anta anak ke nursery / pengasuh
    - 5 pasang kalau jaga anak sendiri di rumah

5. Topi
    * beli satu atau 2 dah cukup

6. Barut Baby
    - 10 / 15 helai kalau anta anak ke nursery / pengasuh
    - 5 atau 7 helai kalau jaga anak sendiri di rumah
    * ada 2 jenis.. 1 tali and 1 lagi yg lekat2 tu..tapi tali lebih tahan lama.
 
7. Kain Napkin
    - beli 10 helai / 12 helai (satu bundle tu dah cukup k)

8. Kain Bedung
   * Aku tak beli sebab aku bedung anak guna kain napkin je tu pun dalam pantang je..abis pantang aku             xbedung dah anak aku..

9. Barang Mandian
    * Bedak, Shampoo, Sabun Mandi, Lotion, Cotton Buds, Minyak Rambut, Minyak Telon
    * tak semestinya minyak telon, minyak lain pun ok.

10.  Lapik Getah
      * untuk salin diapers.
      * ada 2 jenis..satu yang nipis n satu yang tebal..kalau nipis senang nak bawak travel
   
11. Set Tilam (Tilam + Bantal + Selimut )
      2 set kalau anta anak ke nursery / pengasuh
      1 set kalau jaga anak sendiri di rumah

12. Botol Susu
      - 2 atau 3 botol kalau baby minum susu tepung
      -1 atau 2 botol kalau baby minum susu badan
      * specially utk ibu2 bekerja
      * botol and puting kene tukar dalam 2 atau 3 bulan sekali ye.

13. Pam Susu
      * Khas untuk ibu2 bekerja yang memang niat nak bagi baby susu badan..

14. Toto Baby (Nipis je)
      * yang ada skali bantal tu..ni sng tuk travel mn2.

15. Stroller

16. Car Seat
      * prefer untuk ibu2 yang bekerja yang nak anta anak ke nursery / pengasuh atau ibu2 yang suka travel /            drive sendiri.


*biasanya kalau anta anak ke nursery dorang akan minta kita sediakan :
 - baju - 4 pasang
 - sarung tangan / kaki - 3 pasang
 - barut - 3 helai
 - tuala - sehelai
 - kain napkin - 2 helai
 - diapers - 6 keping
 - barang mandian
 - botol susu - 2 botol
 *sebab tu kalau korang anta anak ke nursery / pengasuh kene sediakan lebih dari yang jaga sendiri kat           rumah je sebab kalau kat rumah boleh terus basuh..

Wednesday 6 August 2014

training

arini aku kene pegi terengganu atas urusan kerja..ada training..pegi 2 hari 1 malam je..anak2 aku anta balik umah mak aku memandangkan b aku keje mlm..Irfan n Aryan jgn nakal2 k..umi pegi kejap je..

Wednesday 30 July 2014

rasa hati


berpisah tidak bermakna benci
memiliki tidak bermakna cinta
ikut hati mati
ikut rasa binasa
apa guna cinta tanpa rasa sayang
apa erti benci dalam rindu
keliru pada rasa hati?
berilah ruang untuk menyelami
bukan mencari ruang untuk menyulitkan lagi...
berpisah bukan jalan penyelesaian tetapi bersama juga belum tentu ada penyelesaian..
buka mata hati buka pintu hati
mungkin kan ketemu jawapannya nanti..



Wednesday 25 June 2014

berita gumbira

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik pada harini. Harini hari ke 3 bekerja selepas bercuti selama 2 bulan.. Kerja usah cakap la..memang bertimbun - timbun sampai tak taw nak start dari mana dulu.. sempat jugak la duk termenung jap sambil tengok satu persatu kerja sambil berpikir yang mana satu nak settle dulu.

Semalam, masa tengah busy boss panggil.. Ingatkan nak tambah kerja tapi rupanya nak bagi berita gumbira yang buat aku senyum sampai telinga.. Alhamdulillah dapat surat confirmation beserta dengan increment. Dapat confirm awal sebulan dari tarikh sepatutnya. Lepas tu boss bagi satu lagi envelope..sempena projek haritu katanya.. seriously memang sangat tak terduga sebab increment naik banyak. alhamdulillah syukur sesangat. semua ni rezeki anak - anak. lepas baca surat confirmation tu aku buka pulak envelope lagi satu.. seriously kali ni aku rasa nak jerit kesukaan tapi xboleh sebab kat office.so aku pendamkan dulu.balik rumah nanti aku jerit puas -puas.. mana taknye..boss bagi voucher jusco. dapatla shopping sakan raya tahun ni..hahahhaa..amount terpaksa dirahsiakan..hahahaha..

masa boss aku lepak kat workstation aku..aku tanya balik betul ke dia nak bagi aku voucher banyak tu? dia jawab ye memang tuk aku..buat beli apa apa aku nak..thank you la boss.. perasaan aku time tu sangat dihargai walaupun kerja aku biasa 2 je..niat dalam hati nak kerja lebih rajin nak siapkan kerja yang tertangguh ni tapi belum pape aku tengok semua dok kemas nak balik...aku pun join sama..sharp 5.30 ptg dah balik...hahahahhaa...maafla sekarang memang xboleh nak balik lewat sebab dok kejar waktu nak amik irfan and aryan kat nursery..apa - apa kerja sambung esok jela. bak kata kawan aku kerja mana penah abis.


Wednesday 18 June 2014

cerita masa pantang Aryan..

Hi uolls.. :)
Actually ada byk benda nk share kat sini tapi sejak jd temporary full time housewife ni busy je manjang..hehhehee...

Well,macam yg uolls taw aku da selamat bersalin awal 10hari dari tarikh due aritu..Sekarang baby da nak masuk 2bulan n aku da nak start keje pun..selamat buat kenduri cukur jambul n marhabban pada hari ke 5..thank you pada semua tetamu yang hadir especially Cik najwa izni.sanggup datang walaupun busy.datang dari office tu..pada yang xsempat jemput..minta maaf sangat sebab semuanya xdirancang..alkisahnye menumpang kenduri anak abang..abang ajak join skali da alang2 bersalin awal..sebab nanti xyah la buat kenduri 2/3x..kelam kabut cari barang tuk goodie bags.. baby alhamdulillah OK sekarang ni. Aritu kene jaundice sampai 22hari..stress giler rasanya..tiap -tiap hari berulang ke klinik kesihatan tuk amik darah..aku sudahnye masa berpantang habis kat klinik begitu saja..kesian baby menangis sakit tiap kali amik darah..masa tu puas dok guna khidmat Mr Google n kawan - kawan cr cara cmne nk ilangkan jaundice..seriously macam - macam petua kami cuba mandi ubat cina la,gula kundur la,mandi nila la,anggur itam la tapi bacaan darah still takat tu..200 atau 100 lebih..masih atas 180.. Sampai la last skali ikhtiar kami bg sengkuang cina..Alhamdulillah jaundice turun sikit demi sikit tp still 180 something..last skali hari ke 22 doctor decide tuk amk full darah n urine anta ke hospital..benda yang paling aku nak elakkan jadi jgk..nak xnak terpaksa redha tuk amik darah bkn 1 tapi 5 tabung..kesian baby..masa amik full darah tu staff nurse xbagi masuk..hanya baby je..OK fine..redha lagi..doctor cakap just tunggu result dari hospital..if anything happen dorang akan maklumkan..alhamdulillah sebab xyah amik darah lagi da..balik rumah masa nak mandikan baby petang tu terperasan something yang xbest..jari baby lebam kebiruan..aku snap pic n Whatsapp hubby..hubby cakap try tuam dulu..esoknye kalau xok baru bawak g klinik..alhamdulillah esoknya jari dia beransur OK..kurang da lebam tu..sekarang baby OK n makin bambam..harapnye sihat selalu..xde sakit2..

OK tu bab baby Aryan..ada 2 bab lagi..pasal pindah rumah..disebabkan aku selalu mengeluh xlarat travel jauh hari - hari tuk pegi keje..so kami suami isteri buat decision tuk cari rumah sewa yang dekat sikit dengan office..1 jun haritu berpindahla kami ke apartment Subang Suria,dekat subang bestari..dekat je dgn subang airport..xpadan dengan dalam pantang sibuk duk kemas barang sikit-sikit tuk pindah..hari - hari kene berleter dengan hubby sebab sibuk kemas barang hari - hari..

Selasai 2 bab..bab last sekali ni cerita yang super duper aku suka..dapat good news from my superior.. Katanya dapat confirmation awal sebulan n increment.. Alhamdulillah xde probation period lagi..semua tu rezeki anak.. OK tu jela buat masa ni..nanti kot ada free time baru update lagi..

Tangan Aryan lepas amik darah haritu..amik darah kat tangan tapi jari yang lebam..mau xrisau..





Disebabkan semua last minute so pinjam baju raya abang irfan yang tahun lepas jela ye..hehe..giler besar awak pakai Aryan..

Thursday 1 May 2014

Kashfi Aryan Bin Mohammad Nazir

Assalamualaikum / Salam sejahtera..
Alhamdulillah telah selamat melahirkan seorang lagi putera yang diberi nama Kashfi Aryan Bin Mohammad Nazir, 3.02 KG pada hari Rabu 23 April 2014 bersamaan 23Jamadil Akhir pukul 7.45 petang di Hospital Sg Buloh..

Due date sebenarnya 3hb May tapi tetibe terawal pulak..huhu.. Seriously memang tak terjangka. Mujur tak bersalin kat office. Tu la, hubby suh amik cuti awal degil sangat nak kerja gak lagi..

Alkisahnya cmni.. Actually da start rasa contraction dari pagi lagi tapi takde la budget nak bersalin hari tu jugak. Pagi tu aku pegi keje macam biasa lagi.. Pagi tu ada training kat office. Abis training da pukul 11 lebih camtu.  Contraction makin kerap pulak. Masa lunch tu aku call hubby and cakap nak g klinik je dulu. Masa dalam kereta terus tukar fikiran. Aku drive g hospital terus. Sampai kat hospital memang rasa nak nangis jap bila tengok parking penuh. Dalam sakit tu pusing gak la 2/3x mencari parking.. Pas da isi segala borang kt nurse kt receptionist aku pun message hubby suh g hospital je terus memandangkan doc check jalan da buka 4cm.. Petang dalam kul 6 lebih air ketuban da pecah,jalan da buka 7/8cm(aku xingat).. Masa tu doa minta dicepatkan je. Yela, dalam sakit2 tu still kene duk kat kerusi ruang menunggu tu lagi. Nak wat cmne,ramai benor org nak bersalin time tu. Dalam pukul 6.30ptg doc panggil tuk check n amk darah. Part ni aku tak berkenan sebab 3x kene cucuk sampai tangan aku jadi bengkak mcm belon. Mujur ada doc lain dtg n buat. Pas da check tu br la dapat katil sementara tggu labour room kosong.. Part ni aku stress sbb orang kat katil sebelah aku asik duk terjerit sakit..secara xlangsung mengganggu org lain.nak bersalin mmg la sakit. Cuba ko zikir ke selawat ke baca doa ke..dpt gak pahala dr ko jerit nnt nk bersalin tenaga pun hilang. Xlama tu ada nurse dtg bg ceramah kat katil sebelah aku ni..ok tutup citer katil sebelah,sambung blk cter aku..jam da tunjuk kul 7.sakit da xtertanggung dgn lapar nye lagi..Dr pagi xmkn kot. Aku panggil doc n minta panggil hubby.dorang check ckp kepala baby tggi lagi n jln pun br buka 9cm.dorang akn panggil hubby bila da 10cm.x lama tu aku da sakit sgt aku panggil doc blk..doc check ckp kepala baby da keluar.dorang da kelam kabut tarik katil aku masuk labour room. Dalam sakit tu kene bangun tukar katil plk..hubby xde gak lagi.. Xlama pastu aku pun bersalin.da settle semua br hubby muncul..dorang panggil hubby lmbt 5mnt. Xpela, yang penting semua selamat.. Dlm pukul 10 mlm br la dapat wad n mkn..time tu bdn mmg da lembik giler + perut pedih.Dr  pagi xmkn kot, tenaga pun hilang masa bersalin. Mujur mlm tu baby xmeragam apa. Dapat la rehat jap.. Tghari esoknye da blh blk umah.. Sekian jela cerita kali ni.. Kat bwh ni aku share pic baby dgn korang..hehe..