Tuesday 14 November 2017

Seri kaya pandan

Haritu dpt resepi buat Seri kaya pandan..tapi dapat2 tu tak terus buat..lepas tu bila nak buat resepi pulak tah mana simpan..cari la dlm Google je..
So sbb xnak hilang da resepi ni..simpan dalam blog jela..hehe..

Bahan² :-

*1 cawan gula + 1 cawan air ( buat gula hangus & sejukkan letak tepi dulu)
*1 cawan gula
*3 biji telur
*1½ cawan santan
*2 sudu mkn tepung jagung(bancuh dgn sikit air)
*2 helai daun pandan ( xde so ganti dgn pewarna dan perasa je..)

Cara² :-
*Cara buat gula hangus :
1. Sangan gula sampai perang dan cair. Mcm gambar bawah ni..jangan hangit nanti pahit pulak rasanya..

 Dah siap gula hangus (caramel) letak tepi dulu..go to the next step..

*Masuk adunan telur & gula..pukul sebati..
*masuk santan & tepung jagung..kacau sebati..
*Masak atas api perlahan..kacau sebati..
*bubuh 2 helai daun pandan..
*masuk gula hangus..kacau hingga pekat dan mendidih..(lebih kurang 35-40mnt) ikut la kalau nk lagi pekat lagi lama la kacau..
*last skali masuk sikit pewarna hijau dan masak lg 5 minit..

Notes :
kacau sampai pekat..abaikan comot2 tu..hahaha...lupa nak amk gambar selepas kejadian..
Rupa sbnr dgn gambar tak sama colour akibat tangkap pakai camera hp murah..
Selamat mencuba kawan2..

Monday 5 June 2017

Nursyazani Airin Binti Mohammad Nazir

Bismillah,
Actually entry ni dah draft lama cuma x sempat - sempat nak post.
Alhamdulillah dah selamat melahirkan anak ke 3..lama da x berblog...xtau nk mula cerita dr mn..
Mcm biasa,husband yg akan select nama untuk anak2..untuk anak ke 3 ni nama diberi nursyazani airin binti mohammad nazir.Lahir pada 25sept2016 hari Ahad pukul 3.45pagi dgn berat 3.24kg..
Anak ke 3 ni aku decide pantang sendiri je kat rumah memandangkan Irfan pun dah start tadika.x sampai ati pulak nak suruh dia ponteng lama - lama.

Actually EDD Airin 28 Sept 2017 tp alhamdulillah Airin keluar awal sikit and bersyukur sebab bersalin waktu weekend. Tak kalut dah bersalin waktu keje macam Aryan dulu..hehe..
Pagi Sabtu tu (24 Sept 17) lepas solat subuh da rasa macam contraction tapi tak kuat (mild contraction) so relax - relax je dulu.. Sebab sebelum tu macam kerap false contraction..Tunggu hubby bangun baru bagitau dia..Lepas prepare breakfast pagi tu aku memang tak larat dah. Makan pun tak lalu .Contraction makin kerap so aku suh anak - anak makan sendiri aku baring kat kusyen..2/3 kali jugak hubby tanya nak pegi Hospital ke? Macam biasa aku cakap relax dulu sbb boleh tahan lagi walaupun sebenarnye masa tu memang dah tak larat nak buat apa dah..Takut pegi hospital awal sangat kang jalan x buka lagi dah satu hal pulak nak berkampung lama - lama kat hospital kan..cari mood nak packing baju hubby dengan anak- anak sebab aku nak bersalin kat Hospital Sungai Buloh..Yup memang keje gila pun..Duk Ampang bersalin Sungai Buloh..Dah selesa bersalin dari anak pertama kat Sg Buloh. hehe..Lepas siap packing barang, baru ajak hubby pegi hospital..On the way tu  sempat lagi singgah RNR jejantas tu bagi anak - anak makan tengahari..aku?? memang tak lalu dah nak makan sakit - sakit tu.. Actually cadangnya nak pegi hantar diorang balik Puncak Alam dulu baru pegi hospital tapi sebab dah macam tak larat sangat kami terus je ke hospital.. Sampai hospital call mama minta tolong ambil Irfan dan Aryan kat
hospital.
Masuk - masuk hospital dah lepas zohor camtu. cek jalan baru 4cm.. kalau ikut pengalaman abang - abang dulu , mungkin petang atau malam dah boleh la bersalin.. Lepas cek CTG,amik darah,scan baby, cek sana sini dah petang dalam pukul 6 lebih tu, cek jalan buka tak banyak gak..5cm je..nurse bagi keluar makan tapi dah sakit - sakit tu kan mana lalu nak makan..tp telan jugak la 2/3 suap selebihnya memang aku suh hubby yang abiskan..cakap kat hubby nampak gaya macam lambat je baby nak keluar ni..dah bapa jam baru buka 5cm..standby jela sbb tak boleh nak update apa - apa dah battery HP mati..time ni memang aku pesan dah kat hubby jangan nak pegi tido kat dalam kereta lagi..kang jadi macam kes irfan. tak dan nak masuk labour room.sampai - sampai tengah bersalin.. hehe.. Lepas Isyak macam tu jalan baru buka 7cm..tapi dah prepare nak tukar dari bilik biasa tu nak masuk bilik bersalin (labor room). Masuk labor room, nurse dah panggil hubby temankan.. Alhamdulillah rezeki kali ni hubby ada temankan bersalin..hehehe.. Dalam tgh pagi tu x lama lepas air ketuban pecah, baby pun keluar..Tapi masa bersalin tu memang tak larat nak meneran dah sebenarnya.baby keluar pun dah biru..nak lemas..mana taknye dekat 24jam contraction jalan lambat buka..makan pun 2/3 suaap je dari pagi tu..nasib baik keluar - keluar baby menangis dah..Lega rasa.. Lepas settle azankan anak, amik uri, aku pun masuk wad biasa semua..hubby pun balik topup tido..hahaha..Actually ada hikmah juga sakit lama - lama baru bersalin ni..sebab hubby sempat la masuk teman bersalin..kalau ikut pengalaman abang - abang dulu mana sempat..masa Irfan elok tengah bersalin tu dia baru masuk labor room..masa aryan lagi la xdan masuk dah selamat bersalin..tu pun mujur sempat je masuk labor room..
Kawan - kawan kalau ada yang rasa nk pantang sendiri,make sure mental and fizikal tu kene kuat..



Share sikit pic airin.. 😙😙😙