Friday 30 December 2011

bantu membantu amalan mulia..

malam tadi pas tgk drama kul 7(tentang Dhia)..bie aku ajak g makan..siap2 ala kadar nak g makan..masuk2 kat keta je bie aku ajak ke shah alam..mula2 cam pelik gak nape tetibe je nak g mkn jauh2 sampai ke shah alam.dah la pakai selekeh2....rupenye2 sebab nak g masak ikan yg dorang(bie and pali) pancing aritu..singgah umah kakak bie kat seksyen 18 jap pastu terus gerak g restoran kat seksyen 24..kat sini ada kolam mancing..kira restoran tu buat 2 in 1 la..kolam mancing dan restoran..sapa2 yang mancing boleh upah restoran tu masak kan sekali..masakan mmg boleh layan...


balik dari makan2 kat shah alam, dibah baru nak busy2 gubah hantaran tuk kawin abg dia sabtu ni..so aku pun saja menyibukkan diri membantu dibah menyiapkan hantaran dia..hasilnya korang boleh la tengok gambar2 kat bawah ni...kreatif gak aku and dibah rupa2nya..hik3..

ni nnt letak duit mas kawin dalam frame pastu ada bekas tuk letak brg kemas tuk batal air sembahyang..

ni la hasil tangan aku dan dibah..cantik x?

ni baju kurung..

tepak sireh dan bunga rampai..

wangi2an..

ni jam tp nanti nak tabur coklat yg macam bentuk duit  syiling kat keliling jam tu..

kasut and handbag



so camne?cantik x hasil tangan kami menggubah hantaran ni?hehehe...gubah punya gubah sampai pukul 3pagi..mata aku sebenarnya segar xleh nak tido..tapi bila pikir esoknya nak kene keje so aku pun paksa kan gak mata aku ni pejam..


Thursday 22 December 2011

interview..

seperti yg korang sedia maklum,semalam aku bersama shida dan niza menghadiri interview di mers 999 di annexe 2..jawatan yg ditawarkan (dan dipohon)adalah pembantu pegawai teknik tp rupanya ada 2 post yg kosong untuk diisi oleh 4 orang..candidate yg datang tuk interview pulak ada 15 orang..(sengit kan).ok post yg kosong tu adalah pembantu pegawai teknik dan lg satu customer service,call centre..sumpah aku xnak call centre..tp 2 semua bukan kuasa aku tuk tentukan pe jawtan yg bakal aku sandang kendian ari..sekarang ni aku kene terima je pe pun jawatan yg aku dapat nnt coz kontrak kat department sekarang xAKAN disambung..harap2 aku dapat post pembantu pegawai teknik tu..korang doa2kan la ye..

Tuesday 20 December 2011

selangkah ke dunia kerja baru

insya Allah,sementara menunggu kunjungan tahun baru,esok aku dan 2 lagi rakan bakal menghadiri interview di Annexe 2 dept MERS 999..korang semua doakan la kami ye..semoga success di tempat baru.. aku anggap ni semua rezeki nak kahwin..setelah hampir1tahun aku leasing di dept SPM,TM Govt..hari ni kami ber3 sibuk(xberapa nak sibuk sebenarnya) menyiapkan persiapan terakhir sebelum ke temuduga esok..harapnya semua akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan..amin...

Saturday 17 December 2011

lagu yang aku suka..

tadi masa tgh on9 dgn ain and yan,tetibe rasa nak dgr lagu..masa pilih2 lagu nak pasang kat winamp aku jumpa ada 1 lagu ni..dulu aku suka sangat..dari 1st aku dgr aku dah suka giler dgn lagu ni...lagu ni bertajuk di saat aku mencintai mu..artis dia dadali..orang yg taw kisah aku mesti taw nape aku suka sgt lagu ni lagi2 bab yg perempuan nyanyi tu..so aku syer cikit lyric lagu ni dgn korang ye..

Mengapa kau pergi,
Mengapa kau pergi,
Di saat aku mulai mencintaimu,
Berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, 
Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,


Aku inginkan diri mu, 
Datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, 
Aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, 
Datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, 
Aku sangat mencinta……

Menyendiri lagi, 
Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, 
Datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, 
Aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, 
Datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta……

Semoga engkau kan mengerti,
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai,
Akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa,
Untuk kembali padamu,
Maaf ku telah terbuai,
Akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta.....

* selalunya bila kita dah xde depan mata,baru orang tau nak hargai kehadiran kita selama ni kan?

borang nikah

syukur Alhamdulillah,selesai sudah urusan borang kahwin...pasni tinggal nak apply cuti kat bos untuk submit borang ke jais pula...cuti pun mmg ada 1ari je lagi...bulan ni mmg bulan yg sangat stress bagi aku..banyak benda nak kene pikir and buat..kenduri lagi 1bulan tp banyak lagi benda xselesai...bila pikir2 balik mcm x percaya yg aku ada masa lg 1 bulan untuk melangkah ke alam rumah tangga..persoalannya sekarang,dah bersedia ke aku???sekarang ni kalau orang tanya aku pe perasaan aku, aku sendiri xtau..mcm2 benda dah jadi..dugaan datang xbenti2 sampai aku rasa betul2 down.. seriously aku down habis sampai xboleh nak pk pape..actually ada 2/3 perkara yg aku nak sangat buat belum lg terbuat..benda ni mmg mempengaruhi mood aku..serious aku moody...harapnya tempoh sebulan ni masih sempat untuk aku selesaikan 2/3 perkara ni..yg pasti xde kaitan langsung dgn perkahwinan..ape?nak taw?xperlu rasanya aku beritahu...bialah kamu tahu sendiri kelak..

Friday 16 December 2011

rezeki di mana2..

ok,entry kali ni berkaitan dgn rezeki..baru semalam aku dgn feeq sembang2 pasal gaji..tup2 ptg2 bos panggil aku,niza and sheda..kami dimaklumkan yg kami akan attend interview next wednesday..Alhamdulliah, akhirnya selepas hampir 1tahun leasing akhirnya terpanggil gak interview tp still ada takut coz nnt department aku akan mansuhkan leasing..means no more leasing staff okey..yg menakutkan and memeningkan kepala aku sekarang,kalau interview tu xlepas,kami ber3 nak keje di mana???department sekarang dah xnk leasing...masa aku gatw kat gina pe yg aku takutkan ni,dia boleh cakap keje la kat kilang ke supermarket ke..betul gak tu,rezeki di mana2..tp pape pun mudah2an nasib menyebelahi kami..kamu, kamu, dan kamu (xyah tgk org lain,mmg aku tuju ke kamu) tlg doakan kami dapat kontrak pula ye..amin...

Monday 12 December 2011

pesan pada diri

Pesan pada DIRI, 

Jgn tersalah memberi HATI pada insan yg tak sudi,

pada insan yg tak mengerti..

kerana skali kita memberi,

salamanya dia di HATI.

Sekali kita dilukai, sampai bila2 tetap kita ingati.

Pesan lagi pada diri,

hati2lah memberi HATI sebab ia hanya utk insan yg tahu menghrgai betapa tngginya nilai skeping HATI.

HATI & PERASAAN ini hnya utk yg MENYINTAI & MENYAYANGI kita dgn SEIKHLAS HATI ..

hujung minggu yg sibuk..

last week(sabtu pg),tgh sedap dibuai mimpi tetibe housemate aku(mira) sakit...nak anta g klinik,mn ada klinik buka pukul 4.30 pg ni..so aku pun decide anta pegi ppum..sbb dah kelam kabut sgt nak kua umah,aku lupa nak pakai sweater..sejuk mmg x ingat kat dalam ppum tu...sementara tunggu mira jumpa doc kat dalam,aku kat lua duk kehulu ke hilir sbb kesejukan..tunggu punya tunggu sampai kul 7,result air kencing mira xkua2 lagi..dalam kul 7lebih,mata aku pun dah xlarat nak buka tetibe mira suh aku balik coz tunang dia pun dah on the way nak datang..so aku pun trs gerak balik..(korang semua please doakan housemate aku sembuh cepat ye coz dia sekarang tgh tunggu result dari doc,berkemungkinan besar dia appendix)okey,sampai2 umah baru ingat nak tido tetibe bie call minta aku turun bawah  tukar hp coz hp dia bateri low(susah nak charge katenye)..pastu terus aku xle tdo...kul 11lebih aku siap2 pegi opis tuk amik adiah untuk tournament  bowling kul 1lebih..okey tournament tu group aku dapat tempat ke 8 dari 11 group..dalam pada xcukup tdo pun aku still boleh bermain taw...

ahad,aku out of town untuk menenangkan diri sambil membawa hati...hehehe...pape pun thanks to izati,dila and "mr H" yg sudi menemankan aku yg kebosanan...izati,thanks for the muffin yg mahal mencekik darah tu..dila,thanks coz temankan aku keluar bandar sebentar sehingga ke pukul 12..and "mr H" thanks coz sudi meminjamkan masa kamu barang seminit dua untuk kami..len kali aku belanja kamu ye..

"sayang"....jangan sesekali kamu sangka aku xmampu idup tanpa kamu lagi..aku semakin kebal dalam mengharungi segala rasa kesakitan yg kau berikan..terima kasih atas segala suka duka yg kau berikan...

Tuesday 6 December 2011

aku benci bila...

aku benci bila bangun2 dari tidur,
aku ase nafas aku panas...
aku ase seluruh sendi dan tulang aku sengal2..
aku ase badan aku sakit2..
dan kepala aku berdenyut2...


aku benci bila aku hanya mampu berselubung dalam selimut dlm cuaca yg panas di luar rumah...

Monday 5 December 2011

Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. ..
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...


Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. ..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…


Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA… dan sangat BERHARGA.

aktiviti hujung minggu..

sabtu ahad br2 ni adalah hujung minggu yg agak memenatkan bagi aku...

jumaat last week pas balik keje mula2 cadangnye nak g ke pc fair kat klcc dgn member2 office tp lg beberapa minit nak pukul 5ptg,hilda ajak ke mid valley ada jcard day katanye..so kami semua tukar plan asal..on the way ke mid,jln jem giler..perjalanan yg sepatutnya cuma 10minit(kalau drive ala2 mkn angin) boleh jadi 1jam 30minit...korang sendiri boleh bayangkan betapa jem nya time 2 kan??okey sampai2 kat mid,kitorang memulakan operasi cuci mata..xlama pastu, syafiq,hamis,basyir,jimy and lin mohon diri utk beralih arah ke bowling..so tinggal aku,net dgn hilda meneruskan aktiviti cuci mata..

sabtu pulak, aku,niza,amir,and 2 org rakan lagi pergi ke kenduri kawin ex housemate kami (abby) di kuala lipis...

ahad, aku menghabiskan masa siang hari bersama dibah, menghantar baju stok 4 ari ke dobi area umah aku..buat 1st time dalam idup aku pergi membasuh baju di dobi..pastu pegi pasar beli barang dapur and basah utk makanan lunch kitorang..petang tu pulak, aku pegi melawat pakcik aku yg sakit aritu...on the way nak pegi sana  ujan lebat giler..nak xnak terpaksa gak teruskan perjalanan..nsb bek la dekat je umah pakcik aku tu..sampai2 family aku yg len dah ada...mlm tu pulak aku on the way pegi ke shah alam tuk anta kad kawin belah bie and beberapa brg hantaran..on the way nk pegi tu,hujan dah xberapa nak lebat mcm petang tadi..tgh fokus bawak keta,tetbe ada suzuki swift color putih cuba nak langgar aku(himpit aku tetibe)..aku yg dari lane tgh sempat elak ke lane sebelah..mujur time2 xde keta kat lane sebelah..memang bangang suzuki swift color putih no plat WVM 77_ _...kalau ko nak mabuk ke ape,xpayah la drive..hampir nak luruh jantung aku..abis sakit tgn aku terseliuh..sakit betul ati aku..betul2 menyusahkan orang..

hari ni (isnin), aku ase letih sangat..tersangat2 letih..xsabar tggu time balik kerja untuk berehat sepuasnya..


Tuesday 29 November 2011

kisah ikan bakar

alhamdulillah rezeki arini, waktu lunch tadi ada orang belanje makan...law ikut perancangan awal, kak lia nak belanja kami and the geng makan ikan bakar belakang istana..dah plan baik punya(bak kata dafi)..tup2 last2 masing2 xlepas nak kua awal..so plan berubah..dari ikan bakar belakang istana ke ikan bakar pak abu..pak abu pun pak abu la...perut dah kriot2 berbunyi.(gerai pak abu pun leh tahan sedap pe).nak dipendekkan cite lunch tadi kitorang semua terlajak kenyang coz pekena ikan bakar pak abu..balik opiz, tangan/ jejari masing2 bau air asam..


to kak Elliea...thanks sebab belanja kami lunch tadi..moga panjang umur, murah rezeki so blh belanja kami lagi..hehehhee...

dugaan sebelum berkahwin...

lepas satu,satu masalah datang...aku betul2 da letih nak memikir...pening kepale dibuatnya...lg nak kawin, lg bertambah2 masalah...beratnye dugaan ni..minta2 aku boleh hadapi...mesti korang tertanya2 ape dugaan aku yg sampai aku pening pale sgt tu kan???kan???
camni citernya...baru2 ni aku dapat surat dari pejabat buruh suh aku datang ke pejabat buruh pada 25november baru2 ni..tapi tah pe malangnya, surat tu sampai ke tangan aku ari sabtu 26november...aku dah pening pale coz isnin cuti maal hijrah..itu dah satu bab..bab yg lg satu, surat tu dari majikan lama aku minta aku bayar 2x gaji kerana berhenti xcukup notis...hurm..kenapa la time aku nak pakai duit la lg org sibuk nak minta duit kt aku???actually sebelum ni aku penah keje kat 1 company cina kat pj..atas beberapa sebab aku benti(dlm erti kata lain, aku dapat keje lain)..kat company ni law nak benti kene bagi notis 2bulan/bayar 2 bulan gaji pada dorang..okey,masa nak benti, aku bagi notis tp xcukup 2bulan..pastu gaji terakhir(dorang pay gaji by check) aku memang aku x pegi amik..so maknenye aku dah settle 1bulan gaji la kan kalau dorang xleh nak terima surat perletakan jawatan aku tu???kenapa company tu still nak aku bayar 2bulan gaji???habis, gaji terakhir yg aku x pegi amik tu watper???nak dijadikan cerita, aku call ke pejabat buruh and tanya camne coz aku dah terlepas tarikh yg sepatutnya aku datang...alhamdulillah, dorang cakap just datang dgn surat yg aku dapat tu..
Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan ku nanti..korang pun doa2kan lah tuk aku sama ye..semoga nasib menyebelahi aku...amin...

Sunday 27 November 2011

jogjakarta 2

atas permintaan hana dan beberapa kawan lain, arini aku upload pic masa di sana.....






















menu tgh hari kami(soto je taw)









binatang ni aku takut nak nek sampai sudah....

menu petang kami(hari ke3)

beca yg berlambak2..boleh pilih nak yg mana satu



ni la nasi gudek/gudep






cenggini la namanya lesehan..













mama yg xsabar nak pulang ke Malaysia




okey ni je dulu wat masa ni..tenet mlm ni terlalu slow..nnt aku upload yg balance lak ye...