Tuesday 14 November 2017

Seri kaya pandan

Haritu dpt resepi buat Seri kaya pandan..tapi dapat2 tu tak terus buat..lepas tu bila nak buat resepi pulak tah mana simpan..cari la dlm Google je..
So sbb xnak hilang da resepi ni..simpan dalam blog jela..hehe..

Bahan² :-

*1 cawan gula + 1 cawan air ( buat gula hangus & sejukkan letak tepi dulu)
*1 cawan gula
*3 biji telur
*1½ cawan santan
*2 sudu mkn tepung jagung(bancuh dgn sikit air)
*2 helai daun pandan ( xde so ganti dgn pewarna dan perasa je..)

Cara² :-
*Cara buat gula hangus :
1. Sangan gula sampai perang dan cair. Mcm gambar bawah ni..jangan hangit nanti pahit pulak rasanya..

 Dah siap gula hangus (caramel) letak tepi dulu..go to the next step..

*Masuk adunan telur & gula..pukul sebati..
*masuk santan & tepung jagung..kacau sebati..
*Masak atas api perlahan..kacau sebati..
*bubuh 2 helai daun pandan..
*masuk gula hangus..kacau hingga pekat dan mendidih..(lebih kurang 35-40mnt) ikut la kalau nk lagi pekat lagi lama la kacau..
*last skali masuk sikit pewarna hijau dan masak lg 5 minit..

Notes :
kacau sampai pekat..abaikan comot2 tu..hahaha...lupa nak amk gambar selepas kejadian..
Rupa sbnr dgn gambar tak sama colour akibat tangkap pakai camera hp murah..
Selamat mencuba kawan2..