Monday 7 September 2015

potty training Irfan

Pejam celik pejam celik, Alhamdulillah almost 3 years old dah irfan..Just nak share dengan korang, alhamdulillah dah sebulan Irfan cerai diapers and sebenarnye kalau tak ada masalah, hanya ambil masa 2 hari je untuk bercerai diapers sepenuhnya..Alhamdulillah malam pun dia bangun sendiri ke toilet..2 x je aku jemur tilam kat luar..hahahaha..Ambil masa sebulan jugak nak train dia ni sebab aku pun weekend je ada masa utk spend the whole day dgn dia tu pun bukan every wekend duk umah..ada hari yang hubby ckp nk melepak umh kaum kerabat dia so terbantut la nk potty train Irfan..Weekdays mmg xsempat la cter dia kan..Tu pun puas aku google and tanya sana sini camne nak potty train anak..Ingat lg ada yg ckp belum masanya lagi untuk baya irfan ni bercerai diapers tp rata - rata blog yg aku terjah ni mmg baya - baya Irfan ni la diorang train anak diorang..So aku gigihkan jugak la.Mula - mula memang sangat mencabar..Serious sangat memerlukan kesabaran yang tinggi..OK la, to all mommies yg gojes yang nak train anak2 tu, kat bawah ni aku share sikit antara kaedah2 yang aku guna pakai..

1. Sentiasa train dia untuk buang air kecil masa nak mandi..

2. Pastikan anak dah betul - betul boleh cakap supaya senang dia bgtau yang dia nk terkencing or terberak..

3. Bagitau dia yang dia tgh kencing atau berak masa tu supaya dia tau apa  itu kencing dan berak (hahaha sorry bahasa pasar sgt supaya korang senang paham.) cth ayat yang aku selalu guna : eh abang berak la..or ha abang kencing ye (dalam nada berseloroh) so bila dia tau kencing and berak tu apa baru blh ajar utk ke toilet pula..seriously bila dia dah tau beza berak and kencing, secara automatically dia sendiri akan bgtau kita yg dia tgh berak or kencing even dia pakai diapers masa tu..bila dia dah tau apa itu buang air baru la boleh ke next step iaitu buang la di toilet..hehe..

4. Selalu pesan kat dia untuk kencing or berak di toilet. Bila selalu remind so benda tu secara x langsung jd mindset dia.. cth ayat aku guna : abang kalau nak kencing or berak pegi toilet ye..sampai bila aku tanya "abang nak kencing pegi mana? dia trs jawab toilet..so nampak x kat situ dia da jd mindset..tp silap aku aritu aku x ajar dia apa tu kencing tp terus pesan pegi toilet so dia still kencing merata..so di ingatkan ye ajar dulu..bg dia kenal apa itu kencing and berak baru blh ke step pesan ke toilet pula ye..

5. Kenalpasti waktu dia selalu kencing so korang bawak dia ke toilet pada waktu tu..cth macam ni,, selalunye lepas bp minit dia menyusu atau minum air dia akan kencing?let say 15 mints so tiap kali lepas 15 minit lepas menyusu tu ajak dia ke toilet so kaedah ni sedikit sebanyak membantu..

6. Reward dia dengan sesuatu yang dia suka.. (dalam kaedah ni aku janji nak belikan spender ultraman kalau dia kencing kat toilet) cth ayat yang aku guna masa tu : Abang kalau kencing kat toilet nnt umi belikan spender Ultraman..abg nak x pakai spender gambar Ultraman?(Disebebkan reward ni jgk la dia akhirnya dia kencing kat toilet bukan merata.)

7.Yang paling penting sekali jangan marah - marah dalam proses potty training ni..Uolls mmg kene banyak bersabar and jangan putus asa..kalau korang marah - marah nanti boleh terbantut proses pembelajaran dia..percayalah..sebab Irfan penah nangis2 nak pakai pampers sbb aku marah dia kencing merata..masa tu mula - mula aku train dia..so bila dah termarah tu pandai 2 la pujuk supaya dia nak ke toilet.. Bab putus asa tu pulak, maybe sbb aku cepat sangat give up tu yang sampai sebulan amk masa potty train dia..kalau x benda ni dalam seminggu je sbb Irfan mmg pandai lagi2 pandai cakap..hahhahaha

Good luck ye mommies semua..

Thursday 11 June 2015

petua untuk sakit kuning / jaundice

memandangkan ramai kawan and cousin yang baru bersalin bulan ni and ada yang bertanya tentang isu jaundice ni so aku pun terpanggil nak buat entry pasal jaundice ni..nak kata pandai sangat tu idakla..just share pengalaman anak no 2 yg kene jaundice masa pantang tu..aku pun dapat petua ni dari nurse, friend, family and en google jugak..

1. beri susu mommy sekerap yang mungkin.
2. mommy stop makan jamu sebab jamu panas..takut bacaan jaundice lagi tinggi
3. mommy kene banyak makan kurma and madu
4. bagi sikit (beberapa titis je ye) susu kambing kat baby..lebih baik adalah susu ibu so yg ni        sampingan la..
5. jemur baby pada cahaya matahari yg awal - awal pagi dalam pukul 7.30 - 8pg ker bukan yang pukul 9/10 pagi tu ye..kulit baby ni nipis..xpasal2 melecur pulak nnt..
6. bagi sedikit madu (beberapa titis ) kat baby.
7. bagi anggur hitam (air anggur tu, titiskan sikit ke mulut baby bukan satu biji tu ko suh dia telan ye)
8. bagi baby air sengkuang cina..
9. mandikan baby dengan air rebusan yang korang buat mandi masa pantang tu..(kalau xtau daun apa     nak pakai boleh google..ada banyak..serai,sireh etc, aku pun mak yang sediakan..hehe)

so far ni je yang aku ingat..try la mana - mana kaedah yang korang rasa ok.. tapi bagi aku yang paling mujarab adalah susu ibu..biasanya baby yang jaundice ni memang selalu tido so kita kene kerap kejutkan dia biar dia aktif sikit..jangan biarkan dia tido je..(ni pesan nurse yg datang check aku tu)

sebelum terlupa, salah satu cara nak elak baby jaundice..masa dah nak dekat bersalin tu amalkan minum air kelapa sekerap mungkin..masa baby 1st dulu ari2 aku minum air kelapa.kelapa yg asli ye.Alhamdulillah baby keluar tanpa jaundice..second baby x amalkan pun petua tu sebab jiran yang meniaga air kelapa dpn umah tu dh x meniaga air kelapa..hehehe pastu elakkan fast food ye..
 

Tuesday 26 May 2015

birthday hubby

salam..
throwback aritu.beberapa hari yang lepas.celebrate birthday hubby ala kadar je memandangkan duit tersangat sengkek..tu pun atas bantuan kawan2 yg bg idea..tq ye kawan2 utk idea korang tu..awesome sgt..

*nasi ayam
*kek Deco sendiri yg tah apa2 (sambil dibantu 2 org assistant kecil yg "sgt cekap")
*hadiah frame gambar yg da siap gmbar..






ni je yg termampu aku buat tuk kau org yg aku syg..harap kau suka..

Monday 6 April 2015

atas dasar apa perkahwinan itu..

atas dasar apa perkahwinan itu jika tiada sekelumit pun perasaan kasih??
atas dasar apa perkahwinan itu jika tiada sekelumit pun perasaan sayang??
atas dasar apa perkahwinan itu jika tiada sekelumit pun perasaan rindu??
lalu..atas dasar apa perkahwinan itu jika tiada sekali pun terdetik dihati untuk ambil tahu apa yg berlaku..
lalu...atas dasar apa lagi perkahwinan itu jika setiap perkara yg dilakukan hanya mengundang air mata..



Saturday 21 March 2015

kenangan itu..aku rindu..

berjalan sendirian di tempat ini kembali..
tempat yg terlalu banyak meninggalkan kenangan..
betapa aku terlalu merindukan suasana itu..
rindu pada setiap kenangan yg ada..
sedihnya rasa tak siapa yg tau..
xkan ada siapa yg akan mengerti..
berseorangan bangkit..berseorangan berjalan..meniti hari hari esok..
tanpa mereka di sisi lagi..semoga masih ada sinar bahagia menanti nnt..

Friday 6 March 2015

sayang

sayang...pada meraka yang tak megerti.... sayang .... pada hati tertutup mati.. bagai sangkar tanpa penghuni...burung beharga terlepas lari...

Sunday 15 February 2015

...

my marriage has happened,make the best of it...
no matter what happen, try to make the best of it..
kita cuma merancang..Allah jua yg menentukan segala..setiap perancangan Allah itu adalah sebaik2 perancangan..tiap apa berlaku pasti ada hikmahnya..dalam Allah turunkan hujan..dia datangkan pula pelangi selepas hujan..semoga sentiasa diberi kesabaran dan ketabahan..setiap jatuh ada bangunnya..semoga ada bahagia tuk esok hari dan hari2 mendatang..amin..

Tuesday 10 February 2015

perkahwinan tu..

perkahwinan tu adalah..perkongsian hidup,perkongsian segala rasa yang ada,saling melengkapi apa yang kurang..
perkahwinan tu bukanlah..tempat melepas amarah..tempat melepas tekanan yang ada..
belajar hargai apa yang dah di depan mata..bukan tercari2 benda yang belum pasti..nanti satu masa bila dia pergi...xguna menyesal lagi....





Friday 16 January 2015

selamat datang 2015

Bismillah...
Pejam celik pejam celik dah tahun 2015...Selamat tinggal 2014..Selamat tinggal semua kepahitan.Mana yang tau kisah 2014 aku tu..terima kasih sebab selalu ada time aku memerlukan.Secara tak langsung berikan sedikit kekuatan untuk menuruskan hidup..Selamat datang 2015..Umur makin tua.Nak serabut fikir benda yang buat aku rasa down pun takde faedah so try to move on..terus melangkah..yang dah tak suka kita dalam hidup dia tu biar la dia bahagia dengan pilihan dia..Semoga hati lebih tabah dalam meniti hari esok. hehee..
Awal tahun yang tak berapa seronok.. Anak - anak silih ganti tak sihat..Semoga cepat sembuh dan membesar sebagai orang yang soleh dan berguna..
Itu cerita yang tak berapa seronok.. ada jugak yang seronok..
Alhamdulillah, diberi sedikit rezeki yang lebih.. semalam 15 Jan 2015, Khamis, pagi2 lagi bos dah datang ke meja bagi surat sambil tersengih2...Aku pun terima surat sambil tersengih jugak... Tak lama pastu dia datang balik dan tanya.. So how, its good or bad.. Aku blur.. Apa yang good apa yang bad.. Pasal surat kot.. So aku jawab yg aku xbaca lagi.. hhahahahaa.. tak lama tu aku pun baca... Alhamdulillah sangat..dapat increment letter.. Aku pegi tempat dia and say thanksssssss sambil senyum sampai telinga..hahhahaha..Dia tanya lagi good or bad so aku jawab great...hahahhahaa... syukur sangat time2..alhamdulillah rezeki aku dan anak - anak.. Dalam Tuhan turunkan ujian tu Dia datangkan pulak ganjaran dalam bentuk lain...kita sedih atas sesuatu kejadian tu..Allah balas dengan  kesenangan dalam bentuk lain..Terima Kasih Allah..