Semalam, masa tengah busy boss panggil.. Ingatkan nak tambah kerja tapi rupanya nak bagi berita gumbira yang buat aku senyum sampai telinga.. Alhamdulillah dapat surat confirmation beserta dengan increment. Dapat confirm awal sebulan dari tarikh sepatutnya. Lepas tu boss bagi satu lagi envelope..sempena projek haritu katanya.. seriously memang sangat tak terduga sebab increment naik banyak. alhamdulillah syukur sesangat. semua ni rezeki anak - anak. lepas baca surat confirmation tu aku buka pulak envelope lagi satu.. seriously kali ni aku rasa nak jerit kesukaan tapi xboleh sebab kat office.so aku pendamkan dulu.balik rumah nanti aku jerit puas -puas.. mana taknye..boss bagi voucher jusco. dapatla shopping sakan raya tahun ni..hahahhaa..amount terpaksa dirahsiakan..hahahaha..
masa boss aku lepak kat workstation aku..aku tanya balik betul ke dia nak bagi aku voucher banyak tu? dia jawab ye memang tuk aku..buat beli apa apa aku nak..thank you la boss.. perasaan aku time tu sangat dihargai walaupun kerja aku biasa 2 je..niat dalam hati nak kerja lebih rajin nak siapkan kerja yang tertangguh ni tapi belum pape aku tengok semua dok kemas nak balik...aku pun join sama..sharp 5.30 ptg dah balik...hahahahhaa...maafla sekarang memang xboleh nak balik lewat sebab dok kejar waktu nak amik irfan and aryan kat nursery..apa - apa kerja sambung esok jela. bak kata kawan aku kerja mana penah abis.
No comments:
Post a Comment